- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Ujian Statik Untuk Buat Lesen Kereta

16 Aug 2014

Ujian Statik Untuk Buat Lesen Kereta

Posted by scha syahiera at 10:41
Assalamualaikum w.b.t. :)

Pagi tadi, terlewat bangun selepas kembali tidur sesudah solat Subuh. Terlewat ke? Macam sengaja lewat je, tu pun sebab alarm Encik Suami yang berdering macam ape, terpaksa jugak la bangun. Semalam dia takde, so tak dengar alarm dia la. Kalau ada kat rumah, asyik bergaduh je, bile takde, ambik kau, rindu sampai masuk dalam mimpi. Macam semalam ler. Aish!

Semalam dia pergi mengejar cita-citanya untuk menjadi OKB di Temerloh. Haha. OKB? Dia je la yang tau, kalau ada antara readers yang tau, buat-buat tak tau dah la ye. Ieyra pun tak berapa setuju dengan dia, buat dua tiga pekerjaan dalam satu masa, macam tak cukup makan je. Padahal, Ieyra dah selesa macam ni, tak pernah mintak lebih pun. Well, what can I do? Dah puas nasihat, tak makan saman jugak. Yela, hari minggu pergi meeting ahli lembaga syarikat dia tu, hari bekerja, mengajar students pulak. Kadang-kadang balik kampung sebab nak tengok projek penternakan dia tu. So, semalam dan malam ni, sorang-sorang lagi la ye sebab balik maybe sampai malam, macam semalam. Alahai, tak penat ke sayang..

Dok tengah syok makan nasi tadi, tetiba ada orang call. New number, angkat je la. Rupa-rupanya, cikgu yang mengajar Ieyra memandu tu. Hari ni ada Ujian Statik kat MYEG KUANTAN. Alamak, tak kan Ieyra dah lambat, baru pukul8.45, dah tunggu depan rumah. Terpaksa la tinggalkan nasi, Encik Suami pulak tolong habiskan. Lepas bersalam dan rutin biasa kalau Ieyra atau dia nak keluar, Ieyra terus keluar. He said GOOD LUCK for me. :) Then, sampai sana, dah ramai orang. Ada yang asyik masuk keluar, ada yang masuk lama dan baru keluar. Bile sampai Ieyra punye turn, dapat PC 5, dah masukkan nombor I/C sume, mula la ujian statiknye. Bile dah semak keputusan, Oh My Allah, Alhamdulillah. Sekali buat, dah LULUS.

Ujian terbahagi kepada tiga, bahagian pertama Ujian kecacatan, Warna dan Penglihatan. Seterusnya ujian statik ada tiga bahagian, 1,11, dan 111. Bahagian pertama tu senang, dan makin susah untuk level seterusnya. Wajib betul minima 42 untuk lulus. Semua soalan ada 50. Kena jawab 50 soalan dalam 45minit, Ieyra jawab dalam 20 minit 13 saat. Setelah selesai, semak keputusan, ambik I/C, print result dekat dia punye kaunter pendaftaran yang kite daftar tadi. Fuhh, lega, dah dapat lesen Lesen Belajar Memandu (L). Alhamdulillah. :)




“You don't love someone because they're perfect, you love them in spite of the fact that they're not.”

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea