- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian

14 Aug 2014

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian

Posted by Chenta Syahiera at 17:11
Assalamualaikum w.b.t. :)

Result UPU dah keluar 12 Ogos 2014, beberapa hari yang lepas dan Ieyra punye result like this :


No. Matrik
:  
No. Kad Pengenalan
:  
Nama  
:  SYAHIERA FAZIDA BINTI ZAIZUKI
Program  
:  IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (E-DAGANG)
Kod Program
:  HC13
Sekolah  
:  FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
Bayaran semasa pendaftaran universiti
:  RM 1906.00

*Sila rujuk Buku Panduan Pendaftaran untuk butiran yuran


Ya Allah, tak terduga, dapat jugak kos E-Commerce tapi the problems here is Sabah. Sabah weyy, bukan Terengganu, bukan Kelantan ataupun Pahang. Satu-satunya dalam fikiran Ieyra sekarang, macam mana dengan si kembar dalam rahim Ieyra sekarang. Perlu tunggu 4/5 bulan sekali untuk bertemu mata dengan mereka. Terasa dugaan ni berat amat, kini Ieyra turut merasakan bagaimana erti rindu seorang ibu terhadap anak-anaknya, apetah lagi bagi Ieyra. Sesudah pantang, sudah terpaksa meninggalkan mereka. Ya Allah, minta ditabahkan hati ini, kuatkan semangatku demi sebuah kejayaan.

Ieyra mendapat sokongan sepenuhnya dari Encik Suami yang selalu memahami, dia juga berusaha untuk menangguhkan pengajian Ieyra untuk semester pertama bagi memudahkan proses bersalin di Semenanjung. Parents pun macam takde masalah bile Ieyra menyuarakan hasrat untuk menyambung pelajaran di sana. Mereka mampu menjaga kedua anakanak Ieyra walaupun ayah mereka jarang balik. Ya, Alhamdulillah. Syukur dikurniakan kedua-dua ibu bapa yang memahami.

Semangat untuk mengejar cita-cita begitu kuat walaupun pelbagai halangan yang terpaksa Ieyra tempuhi. Ieyra redha, kerana kadang-kadang takdir boleh menentukan segala-galanya. Perancangan Allah itu lag baik dari perancangan sesiapa pun. Ieyra faham dan akui kebenaran itu kerana perkahwinan dan hidup bersama setahun lebih bersama Encik Suami tidak terlintas dan tak pernah merancang secara terperinci pun. Allah itu Maha Berkuasa, urusan takdir, serahkan pada-Nya saja.

Entri ini ditaip juga diiringi air mata yang entah kenapa seakan tidak mahu berhenti. Sayangnya mahu meninggalkan orang yang berjanji untuk terus menemani kita semasa susah dan senang, sayunya mahu meninggalkan orang yang telah membesarkan kita, dan yang paling penting, saratnya nanti menahan rindu pada si kecil yang belum mengenal ibunya. I hope, my husband and both my dad and mom boleh didik mereka dengan elok. Biar bile berjumpa dengan ibunya, dia boleh memanggil Umi, tak takut dan still can respect me as their mother.

Sayang, Umi tak pernah ada niat untuk tinggalkan kamu berdua. Tanggungjawab ni memaksa kita berjauhan untuk sementara. Umi pasti kembali, Insya Allah. :')

Ieyra harap, keputusan yang Ieyra ambik ni diberkati, memudahkan segala urusan untuk selesaikan sebarang masalah yang timbul pada masa hadapan. Insya Allah.


“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.” 

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea