- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Tazkirah Pendek Dari Ustazah Syahiera Merangkap Owner Blog

24 Aug 2014

Tazkirah Pendek Dari Ustazah Syahiera Merangkap Owner Blog

Posted by Chenta Syahiera at 21:29
Assalamualaikum w.b.t :)

Well, dah lama tak update blog nih, hampir seminggu jugak laa balik kampung, spend time with family, tak hiraukan laptop/phone except bile rasa rindu sesangat dekat Encik Suami. Bile rasa rindu, mula la cari handphone, nak call dia. Takpe sebab bercinta dengan yang halal. :)

Tadi, terdetik di hati untuk online Ieyra punye facebook, dah berhabuk muka buku Ieyra tu tapi nak buat macam mana kan. Bile baca dekat newsfeed yang kengkawan Ieyra punye, ada sorang makhluk Allah S.W.T. ini share satu kisah di mana berlaku di sebuah pesantren seingat Ieyra. Seorang syeikh menegur sikap seorang LELAKI yang merosakkan seorang WANITA. Dalam hati Ieyra, mesti kes rogol ke ape, baca punye baca, si lelaki tersebut hanya bercinta dan sering berbual di telefon dengan si wanita tadi. Maka kata syeikh tersebut, para wanita memang dilahirkan malu tapi pendek akal, bertindak mengikut nafsu. Oleh sebab itu apabila di ajak bercouple, berdating, berdua-duaan, mereka hanya mengikut sahaja tanpa banyak soal. Oleh itu, Allah S.W.T. mencipta pula kaum Adam supaya dapat melindungi wanita, bukan merosakkannya. Allah S.W.T tidak melarang kita bercinta, tapi ada syaratnya iaitu bercinta dengan yang halal bukan bercinta menggunakan status tunang dan sebagainya kerana adat tidak menghalalkan cara. Itulah yang Ieyra faham. Jika seseorang LELAKI itu bersungguh mahukan seorang WANITA, hendaklah dia memintanya dengan cara yang elok seperti berjumpa dengan walinya. Tapi jika mahu, dan belum tiba masanya yakni tidak bersedia menjadi suami atau ketua keluarga, biarkan dahulu niat itu, tidak usah rosakkan wanita dahulu kerana wanita seperti air mutlak iaitu suci. Apabila sudah dirosakkan dengan bercouple contohnya, mereka sudah menjadi seperti air musta'mal yang hanya boleh dibuat membasuh pinggan mangkuk, mencuci pakaian, membersihkan bontot. Lelaki sendiri tidak mahu wanita sebegini menjadi ibu kepada anak-anak mereka kelak, bukan? So, fikir-fikirkanlah. Ieyra sendiri pun pernah melakukan kesalahan dan Alhamdulillah, Allah cepat sedarkan. 







Habis citer sal bercinta zaman sekarang, petang esok pulak Ieyra ada check up dekat klinik. Dekat je dengan rumah dalam 1 km maybe. Esok dapat tau perkembangan baby-baby Ieyra pulak. Dah masuk 6 bulan, kalau scan, dah boleh tengok jantinanya. Ya Allah, sungguh Ieyra memang tak sabar tunggu masa untuk tatap wajah si kecil yang ada dalam kandungan Ieyra sekarang. Ieyra dah dapat rasa kaki dia menendang lembut tapi kekadang mendatangkan kesakitan jugak. Kadang-kadang siku dia menyentuh, timbul benjolan di perut Ieyra, Ieyra agak kepalanya mungkin. Kalau duduk sorang-sorang, memang tak habis-habis bersembang dengan dorang berdua walaupun belum ada depan mata untuk dipeluk cium. I know, komunikasi tu penting sebab adakalanya bile Ieyra menangis sambil mengusap perut kerana rindu ingin bertemu mereka, mereka seakan mengerti, terus gerak-gerak. Mungkin faham, perasaan seorang ibu kepada si kembar. :)

Kelengkapan baby dah hampir lengkap, tinggal kelengkapan mandi seperti baby wipes, shampoo, losyen, bedak dan segala macam lagi tu, kelambu dan selimut je yang tak beli lagi.
Mungkin minggu depan, dah boleh settle kelambu dengan selimut, kelengkapan mandi pulak tunggu bersalin pun takpe. Benda ekspres, boleh dapat dengan kadar yang segera. Whatever pun, tinggal lagi tiga bulan sebelum EDD (due date). Kena banyak sabar, tapi Ieyra selalu ingatkan diri supaya bersedia. Bak kata doktor kebanyakan kembar dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Lagi kecut perut dibuatnye.
Wallahua'alam... :) Doakan kami selamat bersama nanti. Insya Allah... :)

Mata dah rasa berat, mengantuk, nak beradu dahulu la. Encik Suami pergi gunting rambut, entah pukul berapa dapat siap, baru pergi lepas balik dari surau tadi. Akhir kata, Good night, readers!

“We’re all a little weird. And life is a little weird. And when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall into mutually satisfying weirdness—and call it love—true love.”

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea