- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Akademi Memandu Kuantan

11 Aug 2014

Akademi Memandu Kuantan

Posted by scha syahiera at 10:48
Asslamualaikum w.b.t :)

Hari ni nak citer sal semalam jugak, hari yang memenatkan sangat-sangat. Proses ambik lesen dah bermula, Ieyra pun tak tau laa apa yang mereka-mereka sume uruskan sampaikan begitu lama untuk bermula. Haha, tak sabar nak dapat kete ni. Aiyoo, tapi tak boleh bawak jugak nanti memandangkan dah sarat. :)

Sampai kat situ, kena daftar, scan cap jari, kedua-dua belah pulak tu. Abang tu muka macam gengster giler, tapi bile turn perempuan, dia bukan main respect, tak pegang-pegang tangan pun, tak macam sesetengah manusia yang keje kat bank tu. So, permulaan untuk buat lesen ni diberkatilah Ieyra harapkan. Insya Allah.




Mase tengah beratur tu, nak je Ieyra buat macam pic kat atas tu, lenguh kemain duk berdiri, orang ramai, panas pulak tu. Cahaya matahari memancar dengan teriknya, tunggu punya tunggu, ada la sorang kakak ni, umur dalam 34tahun kot, menegur. Tanya duk kat mana, umur berapa, anak ke berapa, dah berapa bulan, berapa bayar wang pendahuluan, pokoknye memang banyak soalan la. Terpegun sekejap Ieyra yang kepanasan ni, macam detektif polis la pulak kakak ni. :) Tapi Ieyra jawab je apa yang boleh jawab tu. Then, tibe laa mase giliran kiteorang yang mendaftar, haa, yes! ni yang paling kami tunggu, masuk bilik aircond. Haha.

Ada sorang lagi kakak yang umur 22tahun duk sebelah Ieyra mase dalam bilik tu. Dia pun ex budak matrik jugak, tapi matrik teknikal sekarang study kat UTHM, eh betul la kot apa yang dia cakap semalam. Ieyra dah terlupa dehhh. First part tu, dapat penceramah lelaki, alahai punye la mengantuk. Mata Ieyra memang tak tahan giler, berair, merah-merah, menguap entah kali ke berapa, Ieyra dah tak terkira. Kakak yang 34tahun tu asyik dengan fb nye, contact suami kot, Ieyra mengagak tapi what I know, dia orang Thailand sebab dia takut giler tak lulus ujian statik. :)



Apa yang menarik, both of them macam take care of me. Lagi-lagi kakak 22tahun tu, memang risau giler muka dia bile nampak Ieyra bergerak-gerak kat tempat duduk. Ieyra bukan apa, lenguh, tak selesa sebab baby-baby ieyra bergerak-gerak, macam dah tak nak bagi kerjasama untuk Umi dia. Kakak tu ingat perut aku dah nak bersalin, adoiii.. Semakin tengah hari, keadaan makin panas. Aircond dia macam tak bagi effect sangat dah, aircond rumah Ieyra lagi okey rasanya. Haha.

Part yang kedua, lebih interesting sebab penceramah wanita, kelakar pulak tu. Tak kering gusi dibuatnye tapi malangnya ada seorang lelaki tu macam berlagak lebih. Mengada-ngada, menyampuk yang tak sepatutnya, for me, dia kurang ajar sihh! Tak suke betul. Tapi syukur, dah berakhir kursus tersebut buat kali terakhir dalam hidup, maybe. Insya Allah. :)

Balik rumah, call Encik Suami sebab lupa bawak kunci rumah. Dia cakap dalam kasut, then, cari punya cari jumpe jugak. Sebaik pintu terbuka, terkejut beruk Ieyra dibuatnye, rumah bersepah, sampah ada kat mana-mana macam anak sepuluh orang yang bermain dalam rumah ni. Tengok pintu dapur, alamak, kenapa terbuka? Tapi nasib laa takde benda apa yang hilang. Alhamdulillah. :)

Kebetulan pulak Encik Suami pergi meeting ahli lembaga syarikat la konon-kononnya, so Ieyra dapat rehat sikit. Baring sekejap, solat, dan buat kemas rumah sikit. Dah nampak tak bersepah, masak nasi, malam tu baru masak lauk memandangkan Encik Suami punye program kat Temerloh. Perjalanannya ambik mase untuk balik rumah. Boleh rehat duluuu.. :)


“You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams.”

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea