- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Kisah Mak Mentua

18 Aug 2014

Kisah Mak Mentua

Posted by scha syahiera at 17:54
Assalamualaikum w.b.t. :)

Selamat petang kepada readers yang meluangkan masa untuk membaca entri kali ni. Hari ni nak share citer berkenaan mak mentua atau merangkap mak kepada suami kite, bagi yang dah ada suami la. Haha. Ada cerita kat TV3 dulu, Menantu vs Mentua. Ieyra tak tengok pun, so tak tau sape yang menang.

My mum @ Ieyra panggil Umie, pernah citer, susah nak tawan hati mak mentua, ape lagi dalam bab memasak. Betul ke? Eh, ye kot sebab Ieyra sendiri pernah terbaca si isteri pernah mintak cerai sebab tak tahan dikritik oleh mak mentua. Parah jugak tu. :) Sebagai seorang isteri pada zaman moden ni, Ieyra ingat mak mentua yang macam tu dah pupus, atau dah semakin berkurangan, so, probability untuk tengok mak mentua macam tu dah berkurangan, tapi, masih wujud rupanye. Sabar je la sape yang dapat mak mentua macam tu yek.

Mak mentua Ieyra baru sampai Kuantan(rumah Ieyra) hari Sabtu, tu pun sebab kakak ipar Ieyra yang hantar. Ieyra okey je kalau dia tak buka mulut, sebab kekadang panahan kata-katanya membuatkan kita terasa jugak. Bukan kekadang tapi selalu. So, Ieyra sebagai menantu dan nak jadi menantu yang diberkati, nak jaga hati Encik Suami, Ieyra kena banyak-banyak sabar. Walaupun kekadang kesabaran Ieyra hilang melayang macam tu je.

Ieyra faham, dia yang melahirkan Encik Suami Ieyra yang tersayang tu, dia yang menjaga dari kecik sehingga dewasa dan sekarang dah makan gaji dah pun. Ieyra faham, seorang ibu nak yang terbaik untuk anak-anaknya sebab I'm also a mum to be, Ieyra faham sesangat. Tapi kalau ada la antara readers ni yang bergelar seorang mak dan sudah mempunyai menantu, tak payah la ambik hati sangat dengan menantu anda. Sudah semestinya layanan seorang isteri itu lain kepada suaminya dengan layanan seorang mak kepada anaknya. So, tak payah nak komen lebih-lebih. Selagi anak anda bahagia, tu dah cukup baik kan untuk melambangkan bahawa anak menantu anda menjalani kehidupan bersama yang elok.

Kebanyakan orang tak faham, kebanyakannya pula buat-buat tak faham. Yela sebagai menantu, kite memang mengalah, nak nasihat orang yang lebih berpengalaman mestilah segan, apetah pulak nak naik kaki tangan kan? Sebab tu dalam kehidupan berumah tangga ni sepatutnya mak mentua tak payah la masuk campur sangat. Biar suami-isteri itu sendiri yang selesaikan. Barulah matang! Tak gitu? Kecuali keadaan yang memerlukan. Menantu pun kena banyak bersabar dan cuba terima dengan hati terbuka, ada hikmah di sebalik semua tu. Allah S.W.T bagi kite ujian sebab Dia rindu kite, Dia rindu tangisan memohon pertolongan-Nya. Rindu nak dengar kite merintih kat Dia. So, just open minded.



Petang ni jugak, semua barang-barang yang Ieyra order dari Bizz Aina dah selamat sampai walaupun dalam keadaan hujan. Happy laa jugak hati ni sebab tak lama lagi bantal untuk twin babies Ieyra boleh disiapkan dengan hasil titik peluh sendiri. Yela, bantal dengan tilam yang ready-made dah beli untuk kedua-duanya, terasa hati hati ni nak buat something special for my first children. Semangat memang tak payah cakap ler, memang berkobar-kobar. So, doakan supaya terus berkobar bukan hangat-hangat tahi ayam je. :)

TQ pada pihak pengirim Bizz Aina yang hantar barang-barang tu secepat mungkin. Memang memahami! :)


“Love is like the wind, you can't see it but you can feel it.”



0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea