- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Kawan Makan Kawan ?

10 Aug 2014

Kawan Makan Kawan ?

Posted by scha syahiera at 17:58
Assalamualaikum w.b.t :)

Seriously, rasa rindu dengan apa yang pernah Ieyra ada dulu. Ieyra ke yang buang, atau pun benda yang dipinjamkan itu sudah ditarik balik. Wallahua'lam.. :( Ieyra faham, takde apa yang kekal di samping kite, kite sekalipun, takkan pernah kekal di muka bumi Allah ni. Sampai masa, kite akan meninggal, meneruskan perjalanan di alam barzakh pula.

Tetiba semalam terbicara dengan Encik Suami tentang tabiat orang di hadapan kite dan di belakang kite. Asalnya hanya berpokokkan orang kat tepi rumah tu je yang jadikan rumah sebagai bengkel kereta tapi lama-kelamaan Ieyra jadi terfikir dengan orang-orang disekeliling Ieyra sekarang. Lebih kurang sama sahaja sikapnya, di hadapan, memujuk dan merayu pada kite tapi di belakang, cuba untuk merosakkan jiwa dan perasaan kite. Encik Suami cakap itu lumrah, Ieyra cakap itu karma. :)

Ada segelintir yang hidup bersama kite selama ni, bukan kerana sayang mahupun kasih, tapi kerana  mahu melihat kite jatuh dan setelah itu berusaha supaya kite tak bangun lagi. Ieyra pun pernah melalui perkara yang sama, so, tak heranlah kalau ada di antara pembaca yang pernah melalui perkara yang sama. Hukum alam, akan ada yang baik dan ada pula yang tak baiknya. :)

Kite sebagai manusia, kena terima apa saja yang berlaku. Dengan penuh keikhlasan, dengan penuh redha. Semalam jugak ada terbaca satu entri kat blog sape tah, dah lupe namanya, terbicara pulak dia pasal istilah kawan makan kawan, Ieyra ada tinggalkan komen,

Kenapa kawan kupu-kupu tak makan nasi je? Kan lebih kenyang.
(Kupu-kupu menggantikan namanya memandangkan header nya ada word kupu-kupu)

Katanya pulak, kawan dia bukan manusia biasa, Ieyra tergelak kecil, lantas memulakan persahabatan dari situ. Orangnya baik, lembut dan bersahaja.

Kawan makan kawan, Ieyra pun dah lama sebenarnya tak dengar atau gunakan istilah ni. Istilah ni dalam bahasa omputihnye backstabber. Biasa berlaku dalam kalangan ahli keluarga dan Ieyra rasa yang paling baik berlaku dalam kalangan kawan-kawan sendiri. Mungkin kerana iri hati, hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Dan menurut salah seorang rakan blog Ieyra, Teh O Kosong, katanya, ada yang sanggup berbunuhan. Tapi pada pendapat Ieyra, apabila melibatkan perasaan dan fikiran, semua benda boleh berlaku kerana apabila kedua-duanya terganggu, otak tidak lagi berfungsi secara positif dan efektif.



Tetiba Encik Suami buka lagu ni kat youtube, Ieyra layankan aje laa, tapi not bad! Tapi sentap, terkenangkan something. :(

http://www.youtube.com/watch?v=9KLTGLU1L_M

Lirik Lagu Masih Mencintainya: Papinka
Jika teringat tentang dirimuBerlinang air matakuKu rindu saat-saat bersamamuKasih sayangmu padaku
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanyawooo wooo
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya


“Love all, trust a few, do wrong to none.”

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea