- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Tips penjagaan bayi pramatang

4 Oct 2015

Tips penjagaan bayi pramatang

Posted by scha syahiera at 08:44
Assalamualaikum wbt. :)

Ieyra nak citer kisah penjagaan bayi pramatang khasnya bila kita kat rumah. Ieyra harap semua readers faham apa itu istilah bayi pramatang, atau bahasa kita-kita bayi tidak cukup bulan. Biasanya bayi pramatang tidak mempunyai berat yang tinggi seperti anak kembar Ieyra, they are about 1.67kg and 1.8kg. Yess, kecik sangat. Ada jugak yang besar disebabkan oleh ibu menghidap kencing manis dan sebagainya sehingga mencecah 3kg walaupun pramatang.


Muhammad Khalish Syazani & Muhammad Khasyi Syazwan

Kat atas tu anak-anak Ieyra yang baru beberapa hari pulang ke rumah. Allahu, dengan ilmu yang sedikit, dikurniakan anak dua serentak, rasa down namun cepat-cepat muhasabah diri balik. Yes, Allah SWT tak kasi kalau kita tak mampu, right?? Sekecik mana pun mereka, seburuk mana pun mereka, they're still my son.

Bila dah sampai rumah, Ieyra memang cerewet like always, semua benda kena bersih. Ieyra bersalin secara ceaser, so lebih senang bergerak kot sebab dah terbiasa semasa room in dengan si kembar, memang tak berpantang sangat. Ke hulu ke hilir, susu kan mereka, uruskan diri sampai tak sempat terpaksa suruh nurse yang tolong tengokkan time terpaksa tu.


1) Seboleh bolehnya pastikan bayi tidur terlentang bukan meniarap. Bayi pramatang dibawah 6 bulan terdedah kepada risiko kematian secara tiba tiba dalam tidur atau Sudden Infant Death. Jadi biarkan mereka tidur secara terlentang untuk membolehkan kita memantau keadaan mereka
2) Sesuaikan suhu bilik dirumah, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Bayi pramatang sangat sensitif.
3) Pernafasan bayi  boleh terhenti selama beberapa ketika. Ini dipanggil Apnea. Pastikan anda belajar cara untuk membantu bayi bernafas semula sebelum meninggalkan hospital. Atau cepat cepat dapatkan bantuan jika keadaan ini terjadi
4) Seelok eloknya susu bayi dengan susu ibu kerana susu ibu mengandungi antibodi dan nutrien yang tinggi untuk membantu meningkatkan daya pertahanan tubuh anak dari serangan penyakit dan menyokong tumbesaran mereka agar lebih sihat. (Ieyra cukup-cukup 6months susukan si kembar)
5) Jika menggunakan botol, pastikan alatan menyusu disteril sebelum digunakan. Begitu dengan permainannya
6) Biasakan cuci tangan sebersih bersihnya sebelum menyentuh bayi. Kami guna hand sanitizer yang dibeli di farmasi ketika itu. Lebih mudah
7) Kurangkan keluar atau berjalan jalan di tempat yang sesak dan ramai orang kerana mereka mudah terkena jangkitan penyakit.
8) Jika ada yang bertandang di rumah, beritahu mereka keadaan anak tidak berapa kuat supaya mereka faham
9) Banyakkan sentuhan dan dakapan dengan anak. Sentuhan kulit ke kulit boleh merangsang emosi anak yang sihat dan menggalakkan anak untuk cepat membesar. Kangaroo-careadalah salah satu cara yang sangat digalakkan.
10) Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dari kotoran. Jauhkan bayi pramatang dari ahli keluarga yang kurang sihat seperti selsema.
Thats all yang Ieyra boleh share dengan ibu-ibu. Berdasarkan pengalaman Ieyra sendiri setahun yang lepas.



Dah besar, 11haribulan nanti cukup setahun anak-anak Ieyra. Doakan mereka terus sihat walafiat, menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.

In every conceivable manner, the family is link to our past, bridge to our future.

3 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Wah ieyra ada baby kembar ye? tahniah n alhamdulillah. :)

    done follow sini #25.

    jom ke blog saya www.sitimunirah.com :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah... Comel sgt...
    Nice tips..

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea