- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Isteri Manja, Suami Pendengar Terbaik

18 Oct 2015

Isteri Manja, Suami Pendengar Terbaik

Posted by scha syahiera at 09:46
Assalamualaikum wbt :)



Mendung je hari ni kat Labuan. Ieyra pagi-pagi lagi dah bangun, buat cucur udang semua. Makan dengan sos lepas tu baru iron baju, iron tudung untuk pergi kampus. Study nye sayaaaa!! :D

Baru siap tukar baju semua, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Dah la Ieyra takde payung, mood terus down tapi teruskan jugak plan nak ke kampus. Sampai je kampus terus pergi library, tengok-tengok, intai-intai, takde seorang pun groups member Ieyra. Allahuu, dugaan. Mesti tiada yang bangun pun lagi. Sabar je la. Nasib baik Ieyra dah prepare awal-awal keje lain yang boleh buat sepanjang kat sini antaranya ialah update blog ni. Hahaha. Nice work!!

okeh, teringat pulak conversation dengan Encik Suami semalam. Yaa, semalam sebelum tidur. Tiba-tiba bincang pasal plan yang nak buat rumah tu although rumah dah ada pun, bapak besarnya lagi. Tapi, Ieyra nak rumah yang Ieyra design sendiri, yang memang kepunyaan kami berempat, bukan adanya orang lain. Lagipun Ieyra nak rumah yang kecik, yang betul-betul special design untuk family Ieyra ni. High demand kau jahh.

Bincang la sekejap, bila dah settle, masuk bab lain. (Biasa laa, perempuan banyak modal) Tetiba terluah jugak perasaan yang ada dalam hati dan masalah yang bermain je kat fikiran sehari dua ni. Apa?? Entah la Ieyra pun tak tahu, mungkin sebab perbelanjaan. Nak cakap Ieyra takde duit/ tak cukup duit, Ieyra ada melebihi apa yang Ieyra perlukan tapi Ieyra still rasa in trouble. Ieyra rasa macam nak lari, nak balik rumah, duduk dengan suami Ieyra & anak-anak, tak payah fikir masalah ni lagi. Tapi Ieyra tahu, Ieyra tak boleh. That time I feel to fell down, I know I cant! I have to be strong!

Encik Suami terus pujuk. Bukan memarahi, tu sikap yang Ieyra suka. Katanya, bukan masanya lagi. Mula-mula susah, akhir nanti ada la kesenangan. Hidup ni singkat je, kalau kita tidak manfaatkan rugi.

Ieyra cuba tersenyum. Ieyra cuba kuat untuk dia. Ieyra tahu Ieyra banyak berkorban tapi Ieyra mesti tahu si kembar dan ayahnya lagi banyak berkorban. Sanggup meminjamkan Umi pada masayarakat untuk menyumbang pada negara satu hari nanti. In shaa Allah.


I love that feeling of being in love, the effect of having butterflies when you wake up in the morning. That is special.



1 comment:

  1. memang suami lah tempat mengadu.. susah senang sama2..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea