- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: FRIENDSHIP

2 Jan 2016

FRIENDSHIP

Posted by scha syahiera at 20:07
Assalamualaikum wbt :)

Hari ni first paper untuk final exam bagi semester ni. Alhamdulillah, berjalan dengan baik walaupun ada kecuaian dan sempat dibaiki. Allah SWT izin lagi. Pertama nak ucapkan selamat tahun baru(harap-harap belum terlambat lagi). Tahun baru ni Ieyra tak keluar pergi mane-mane since dok di Labuan ni, tak tau tang mana nak pergi. So, classmate Ieyra ada buat bacaan Yaasiin, join je la. Some happiness I got yesterday night. :)

Ada 'ice-breaking' kononnya macam sesi perkenalkan diri then buka untuk pertanyaan dan soalan bebas. Bila tiba turn Ieyra, banyak pulak soalan dan berkisarkan rumah tangga Ieyra of course. Banyak la jugak yang Ieyra cerita dan lagi banyak yang Ieyra tak cerita. Cuma Ieyra nak pesan, cerita-cerita yang keluar dari mulut orang yang dah kawin sebenarnya cerita-cerita yang indah yang sudah ditapis berkali-kali sebelum diluahkan bukannya apa, takut membuka aib sendiri dan pasangan. Onak dan duri, sedih dan gembira hanya pasangan itu yang tahu. :)

Kesimpulan tentang aktiviti tersebut, something yang bermanfaat and semoga dapat dilaksanakan lagi. Sekurang-kurangnya Ieyra dah tau nama classmate Ieyra dan cuba hafal. Ye la, Ieyra dah la masuk lambat then jenis senyap pulak. Tak tegur orang sangat. So, lepas-lepas ni boleh la beramah mesra. :)

Selesai je aktiviti semalam, balik terus baring. Sempat solat sunat sekejap sebelum tidur, memohon agar jodoh yang ada dipanjangkan, dibahagiakan lagi dan diberkati hingga ke akhirnya. Meskipun berkahwin bukan pilihan pertama, disebalik itu ada keikhlasan untuk menerima dan Alhamdulillah Allah SWT permudahkan. Dan, I'm happy now!

Terfikir pulak pasal anak-anak. Adik Khasyi jumpa pakar pemakanan Isnin lepas since berat badan yang tak ideal. Dah puas Tok Mi bagi makan sama je dengan si abang tapi dia tak naik jugak. Sabarlah dik, umi balik dua minggu lagi. Umi sendiri yang masak untuk adik. Rindu, seriously :')




0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea