- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: March 2016

14 Mar 2016

G I V E A W A Y by Ros Nordin

Posted by Chenta Syahiera at 08:37 5 comments


Pagi Isnin yang barakah, mendung je kat Labuan hari ni. In shaa Allah semoga segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik. :) Jom join segmen dari RosNordin.



Klik banner untuk join ye. Good luck korang :)

11 Mar 2016

Japanese Cotton Cheescake Tiga Bahan

Posted by Chenta Syahiera at 14:48 1 comments


Hari ni Ieyra happy sangat, tapi bercampur sedih. Macam mana tu? Entah la. Ieyra pun tak tahu. Sebenarnya semalam, Encik Suami ajak balik Semenanjung. Anak-anak Ieyra ada janji temu dengan doktor pakar kanak-kanak. Encik Suami pulak pemalu orangnya kalau nak pergi berdua dengan Umi. Yela, dia segan sebab selalu susahkan Umi. Bincang punya bincang beli la tiket flight. In shaa Allah Ieyra akan sampai Terengganu tempat tumpah darahku pukul 7.45 pagi. Ni kisah yang membuatkan Ieyra gembira.

Yang sedih pulak, Ieyra terasa berat je hati ni bila fikir nak balik. Bukan apa, yang tanggung semua belanja Encik Suami. Belajar pun dia tanggung. Terhutang budi yang amat banyak. Ieyra takut kalau akhir-akhir semester nanti Ieyra dah pokai. Tapi nasib baik jugak la Ieyra ada kerja part time tu. Rasa lega sikit.

Hari ni pergi jumpa Mentor kat kampus. Pagi-pagi lagi dah lepak menara tunggu Miss Mentor. Dari pukul9. Sejam lepas tu baru dapat jumpa. Dia tanya result, tengok slip semua, dia siap bagi kata semangat lagi untuk Ieyra. Dia cakap keputusan exam ada peningkatan cuma kena teruskan lagi supaya dapat dean list award. Hahaha. In shaa Allah miss.

Lepas siap ambik bas balik. Singgah family mart beli barang-barang buat cheese cake tiga bahan. Mest excited kan nak tau. Cheese cake tiga bahan ni guna tiga bahan je iaitu susu, telur dan cream cheese. Ieyra tengah baking. Dah siap Ieyra upload sini. Kalau tak jadi Ieyra tak upload. Ieyra cuba next time pulak sebab kek ni terkenal dengan kecerewatannya. Hahaha. Kalau uollss beli kat kedai range harga dalam RM10 satu slice. Tak percaya? Boleh la cuba beli. Ieyra nak cuba gak, tapi cuba buat supaya boleh niaga. Oraitt.


“Love recognizes no barriers. It jumps hurdles, leaps fences, penetrates walls to arrive at its destination full of hope.”

9 Mar 2016

Kerja Part Time

Posted by Chenta Syahiera at 07:31 2 comments


Hari ni Ieyra nak citer pasal keje part time. Sebenarnya dah lama Ieyra nak keje part time yang tetap tapi takde rezeki. Selepas Maghrib semalam, tengah baca baby pinky Al-Quran Ieyra, tetiba ada wassapp masuk. Biasa Ieyra silent dari semua group(tak berapa penting+terlalu banyak noti yang mengganggu.) Bila dah berbunyi maknanya penting. So, terus tengok. Tersenyum kejap. Rezeki ya Allah. terus sujud syukur.

Sorang hamba Allah SWT ni Ieyra panggil Kak Mar, Ieyra kenal sangat dia sebab sama-sama orang Terengganu yang kaya duduk sini. Anak-anak dia Ieyra dah anggap macam adik-adik sendiri dah. Maja pulak tu. Kak Mar ni selalu ajak kiteorang join event makan-makan actually untuk budak-budak Terengganu yang belajar di UMSKAL. So, mula dari tu la kiteorang rapat.

Kerja part time yang dia offer takde berat sangat bagi Ieyra. Kerja dua hari seminggu, gaji RM170 sebulan, pergi dan balik dia hantar. Makan pun ditanggung. So, okay la Ieyra rasa. Skop kerja lipat baju dan iron baju. Kak Mar ni memang busy orangnya, tauke kek kat Labuan ni haa. Kelas gitu. Kek pulak bukan murah kadang-kadang cecah ribu riban. Nampak biasa je. :)

Ieyra accept je la offer dia tu. Lagipun Ieyra memang banyak masa free buat masa sekarang. Daripada melopong kat rumah tak buat apa-apa better Ieyra keluar mencari rezeki yang halal. Kesimpulannya, Ahad dan Selasa Ieyra akan kerja, hari Jumaat dan Sabtu je la ada masa untuk baking kek untuk dijual.

Ieyra suka sangat kerja macam ni. Bukan mencari duit semata-mata. Tapi meraih pengalaman. Sekarang ni kan pengalaman lagi penting. Encik Suami pun on je bila Ieyra mintak izin. Alhamdulillah memahami. Pada masa yang sama Ieyra nak menabung. Birthday Encik Suami dan si Twin tak lama dah. Hopefully Ieyra berjaya kumpul sebanyak mungkin hasil tutik peluh sendiri untuk keluarga kecik ni.

Student sekarang ni memang digalakkan untuk bekerja secara part-time. Yela, kesan ekonomi sekarang ni. Ieyra dulu pernah join dropshipper, stokis, menjual hand sock secara kecil-kecilan dan banyak lagi. Tapi modal banyak yang keluar, untung dapat kadang-kadang tak dapat. So, Ieyra decide untuk berhenti. Fokus kepada baking dan jual sendiri. Baru puas hati sebab baking dengan penuh kasih sayang sebab diri sendiri nak makan jugak. :)

If I knew I would be falling in love with an angel, I would have searched for you harder and found you sooner.

5 Mar 2016

Baju Raya 2016

Posted by Chenta Syahiera at 21:02 6 comments


Malam ni Ieyra ada benda nak citer. First thing first okay. Memandangkan semester ni akan berakhir bulan Julai aka bulan puasa menghampiri raya so, Ieyra tak kan berkesempatan untuk shopping di Gio Mall lagi. Ieyra balik 3hari sebelum raya gais, tiga hari. Kalau seminggu, it will be better. 3hari mana cukup nak ronda bandar Kuantan cari baju raya lengkap satu family Umi Abah bagai. Adeii.

Bincang punya bincang dengan Encik Suami, buat la jugak keputusan beli online. Ieyra okay je beli online sebenarnya, memang selalu tempah custom-made through online pun selama ni. Tapi tu Ieyra bukan Encik Suami. Encik Suami tak berapa suka, Ieyra tau betul dia punya selera. Kalau berkenaan baju, seluar, warna memang susah betul nak memilih. Cerewet sikit. Kalau benda lain, 100% ditanggung beres.

So semalam bincang la warna apa sebagai tema. Biasa Ieyra guna dua kombinasi warna. Seperti tahun lepas Hijau+grey dan tahun ni Ieyra berkenan betul dengan royal yellow+black tapi Encik Suami cakap macam diraja.




So cancel warna kuning. Ieyra suggest purple.


Tapi bila check stock dekat website, baju kurung seperti dalam gambar kat atas tu semua dah sold out saiz M. So cancel lagi sekali. At last, Encik Suami cakap teringin warna biru turqoise. Mula la si isteri mencari warna biru turqoise. Check stock semua, Alhamdulillah ada. So, masa tu jugak settle semua bayaran.









Tahun ni, Ieyra pilih clothing dari Amar Amran untuk raya. Since awal lagi so takde la susah sangat nak cari warna yang kita nak, saiz dan juga stok pun masih banyak. Untuk baju raya twin pulak, Ieyra memang regular customer Darwish Rich Design. Ieyra memang jatuh hati dengan design dan material dia. So nice. Bayangkan kurta untuk twin beli masa newborn still elok sampai sekarang. Boleh pakai lagi, still nampak baru. Warna tak pudar, tak berbulu yang penting my sons selesa. So, settle untuk baju hari raya pertama. Lega rasa hati.

Yang muktamad baju raya tahun ni tema turqoise+grey!

Kalau ada yang nak usha baju-baju macam kat atas dan ada pelbagai jenis lagi sila klik link kat bawah


  • http://www.darwishrichdesign.com/
  • http://www.amaramran.my/


Happy sharing gaiss! :)

“You don’t choose your family. They are God’s gift to you, as you are to them.”


Segmen Bloglist By Aina

Posted by Chenta Syahiera at 15:58 5 comments
Assalamualaikum wbt :)

Selamat berhujung minggu gaiss, sebelum tu jom support segmen rakan blogger Ieyra. ;)




4 Mar 2016

SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM

Posted by Chenta Syahiera at 09:47 5 comments
Assalamualaikum wbt :)

Sebenarnya excited la jugak bila tau segmen amni diadakan. Bukan apa, sejak kawin, pregnant, bersalin sampai sekarang Ieyra pun asyik dengan blog untuk menimba ilmu melalui pengalaman-pengalaman senior untuk jadi mommy terbaik. Parenting terbaik dan sebagainya. Jom la join gaiss. Jangan lupa klik banner tau. :)


Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie

Posted by Chenta Syahiera at 09:38 4 comments
Assalamualaikum wbt :)

Haa, kawan-kawan jom join segmen ni. Jangan lupa klik banner tau.





Selamat berjaya :)



1 Mar 2016

Widget Follower Tak Berfungsi Part 11

Posted by Chenta Syahiera at 10:03 1 comments
Assalamualaikum wbt :)

Selamat pagi kawan-kawan blogger . Semoga terus berada dalam rahmat Allah SWT, diberkati segala perjalanan hidup dan dipermudahkan. Entri sebeum ni Ieyra ada citer pasal widget follower yang tak berfungsi, Ieyra dah cuba tutorial yang ditunjukkan oleh

http://budaksukavanilla.blogspot.com/2016/01/tutorial-how-to-disable-country.html

disarankan oleh kakak baik hati The KehalusanKelembutan.





Ieyra dah edit, preview, okay semua dah. Widget tu ada balik masa preview tu tapi nak save tak dapat. Takde respons pape bila click button save. Sudahnye, Ieyra biarkan macam tu je. Tak puas hati mencuba. Try and error, eh eh, dah success!! :) Tq very much uolls yang membantu. :*

Semalam Ieyra keluar pergi bandar Labuan untuk selesaikan beberapa masalah berkaitan Maybank(update nombor telefon). Hari tu Ieyra nak beli tiket flight untuk balik cuti mid sem tapi tak dapat buat payment sebab Ieyra dah tukar nombor telefon baru. Terlupa pulak nak update masa dok kat Kuantan.

Lepas pergi Maybank, gerak pergi pejabat pos. Kat tempat sama je pun. Ujana Kewangan Labuan. Pejabat pos dan maybank pun takde la jauh sangat, pusing-pusing dalam tu. Perihal pejabat pos ni Ieyra tak nak citer panjang, Ieyra simpan sebagai rahsia dari semua orang kecuali Encik Suami. Yang pasti, Ieyra berharap sangat permohonan Ieyra diluluskan oleh pihak yang berkenaan. Semoga dipermudahkan segala-galanya. Doakan Ieyra jugak kawan-kawan. :)

Dah settle semua kerja, ambik bas terus balik. Sebelum tu pergi tapau KFC dulu as a reward for myself. Heheks :)


“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea