- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Kerja Part Time

9 Mar 2016

Kerja Part Time

Posted by Chenta Syahiera at 07:31


Hari ni Ieyra nak citer pasal keje part time. Sebenarnya dah lama Ieyra nak keje part time yang tetap tapi takde rezeki. Selepas Maghrib semalam, tengah baca baby pinky Al-Quran Ieyra, tetiba ada wassapp masuk. Biasa Ieyra silent dari semua group(tak berapa penting+terlalu banyak noti yang mengganggu.) Bila dah berbunyi maknanya penting. So, terus tengok. Tersenyum kejap. Rezeki ya Allah. terus sujud syukur.

Sorang hamba Allah SWT ni Ieyra panggil Kak Mar, Ieyra kenal sangat dia sebab sama-sama orang Terengganu yang kaya duduk sini. Anak-anak dia Ieyra dah anggap macam adik-adik sendiri dah. Maja pulak tu. Kak Mar ni selalu ajak kiteorang join event makan-makan actually untuk budak-budak Terengganu yang belajar di UMSKAL. So, mula dari tu la kiteorang rapat.

Kerja part time yang dia offer takde berat sangat bagi Ieyra. Kerja dua hari seminggu, gaji RM170 sebulan, pergi dan balik dia hantar. Makan pun ditanggung. So, okay la Ieyra rasa. Skop kerja lipat baju dan iron baju. Kak Mar ni memang busy orangnya, tauke kek kat Labuan ni haa. Kelas gitu. Kek pulak bukan murah kadang-kadang cecah ribu riban. Nampak biasa je. :)

Ieyra accept je la offer dia tu. Lagipun Ieyra memang banyak masa free buat masa sekarang. Daripada melopong kat rumah tak buat apa-apa better Ieyra keluar mencari rezeki yang halal. Kesimpulannya, Ahad dan Selasa Ieyra akan kerja, hari Jumaat dan Sabtu je la ada masa untuk baking kek untuk dijual.

Ieyra suka sangat kerja macam ni. Bukan mencari duit semata-mata. Tapi meraih pengalaman. Sekarang ni kan pengalaman lagi penting. Encik Suami pun on je bila Ieyra mintak izin. Alhamdulillah memahami. Pada masa yang sama Ieyra nak menabung. Birthday Encik Suami dan si Twin tak lama dah. Hopefully Ieyra berjaya kumpul sebanyak mungkin hasil tutik peluh sendiri untuk keluarga kecik ni.

Student sekarang ni memang digalakkan untuk bekerja secara part-time. Yela, kesan ekonomi sekarang ni. Ieyra dulu pernah join dropshipper, stokis, menjual hand sock secara kecil-kecilan dan banyak lagi. Tapi modal banyak yang keluar, untung dapat kadang-kadang tak dapat. So, Ieyra decide untuk berhenti. Fokus kepada baking dan jual sendiri. Baru puas hati sebab baking dengan penuh kasih sayang sebab diri sendiri nak makan jugak. :)

If I knew I would be falling in love with an angel, I would have searched for you harder and found you sooner.

2 comments:

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea