- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Japanese Cotton Cheescake Tiga Bahan

11 Mar 2016

Japanese Cotton Cheescake Tiga Bahan

Posted by Chenta Syahiera at 14:48


Hari ni Ieyra happy sangat, tapi bercampur sedih. Macam mana tu? Entah la. Ieyra pun tak tahu. Sebenarnya semalam, Encik Suami ajak balik Semenanjung. Anak-anak Ieyra ada janji temu dengan doktor pakar kanak-kanak. Encik Suami pulak pemalu orangnya kalau nak pergi berdua dengan Umi. Yela, dia segan sebab selalu susahkan Umi. Bincang punya bincang beli la tiket flight. In shaa Allah Ieyra akan sampai Terengganu tempat tumpah darahku pukul 7.45 pagi. Ni kisah yang membuatkan Ieyra gembira.

Yang sedih pulak, Ieyra terasa berat je hati ni bila fikir nak balik. Bukan apa, yang tanggung semua belanja Encik Suami. Belajar pun dia tanggung. Terhutang budi yang amat banyak. Ieyra takut kalau akhir-akhir semester nanti Ieyra dah pokai. Tapi nasib baik jugak la Ieyra ada kerja part time tu. Rasa lega sikit.

Hari ni pergi jumpa Mentor kat kampus. Pagi-pagi lagi dah lepak menara tunggu Miss Mentor. Dari pukul9. Sejam lepas tu baru dapat jumpa. Dia tanya result, tengok slip semua, dia siap bagi kata semangat lagi untuk Ieyra. Dia cakap keputusan exam ada peningkatan cuma kena teruskan lagi supaya dapat dean list award. Hahaha. In shaa Allah miss.

Lepas siap ambik bas balik. Singgah family mart beli barang-barang buat cheese cake tiga bahan. Mest excited kan nak tau. Cheese cake tiga bahan ni guna tiga bahan je iaitu susu, telur dan cream cheese. Ieyra tengah baking. Dah siap Ieyra upload sini. Kalau tak jadi Ieyra tak upload. Ieyra cuba next time pulak sebab kek ni terkenal dengan kecerewatannya. Hahaha. Kalau uollss beli kat kedai range harga dalam RM10 satu slice. Tak percaya? Boleh la cuba beli. Ieyra nak cuba gak, tapi cuba buat supaya boleh niaga. Oraitt.


“Love recognizes no barriers. It jumps hurdles, leaps fences, penetrates walls to arrive at its destination full of hope.”

1 comment:

  1. Hehe.. biasalah dah tugas suami kene tolong kita.. hihi

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea