- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Baju Raya 2016

5 Mar 2016

Baju Raya 2016

Posted by Chenta Syahiera at 21:02


Malam ni Ieyra ada benda nak citer. First thing first okay. Memandangkan semester ni akan berakhir bulan Julai aka bulan puasa menghampiri raya so, Ieyra tak kan berkesempatan untuk shopping di Gio Mall lagi. Ieyra balik 3hari sebelum raya gais, tiga hari. Kalau seminggu, it will be better. 3hari mana cukup nak ronda bandar Kuantan cari baju raya lengkap satu family Umi Abah bagai. Adeii.

Bincang punya bincang dengan Encik Suami, buat la jugak keputusan beli online. Ieyra okay je beli online sebenarnya, memang selalu tempah custom-made through online pun selama ni. Tapi tu Ieyra bukan Encik Suami. Encik Suami tak berapa suka, Ieyra tau betul dia punya selera. Kalau berkenaan baju, seluar, warna memang susah betul nak memilih. Cerewet sikit. Kalau benda lain, 100% ditanggung beres.

So semalam bincang la warna apa sebagai tema. Biasa Ieyra guna dua kombinasi warna. Seperti tahun lepas Hijau+grey dan tahun ni Ieyra berkenan betul dengan royal yellow+black tapi Encik Suami cakap macam diraja.




So cancel warna kuning. Ieyra suggest purple.


Tapi bila check stock dekat website, baju kurung seperti dalam gambar kat atas tu semua dah sold out saiz M. So cancel lagi sekali. At last, Encik Suami cakap teringin warna biru turqoise. Mula la si isteri mencari warna biru turqoise. Check stock semua, Alhamdulillah ada. So, masa tu jugak settle semua bayaran.









Tahun ni, Ieyra pilih clothing dari Amar Amran untuk raya. Since awal lagi so takde la susah sangat nak cari warna yang kita nak, saiz dan juga stok pun masih banyak. Untuk baju raya twin pulak, Ieyra memang regular customer Darwish Rich Design. Ieyra memang jatuh hati dengan design dan material dia. So nice. Bayangkan kurta untuk twin beli masa newborn still elok sampai sekarang. Boleh pakai lagi, still nampak baru. Warna tak pudar, tak berbulu yang penting my sons selesa. So, settle untuk baju hari raya pertama. Lega rasa hati.

Yang muktamad baju raya tahun ni tema turqoise+grey!

Kalau ada yang nak usha baju-baju macam kat atas dan ada pelbagai jenis lagi sila klik link kat bawah


  • http://www.darwishrichdesign.com/
  • http://www.amaramran.my/


Happy sharing gaiss! :)

“You don’t choose your family. They are God’s gift to you, as you are to them.”


6 comments:

  1. Alhamdulillah dah selesai satu bab ya.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam , wah dah settle , akak pernah rasa , balik rumah baru cari sabar jela.. tapi memng out of theme laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Kalau mak ayah takde baju takpe, anak-anak macam kesian pulak. ,Kawan-kawan sepupu sepapat semua pakai baju baru.

      Delete
  3. waa, dah ada baju raya dah ye...hubby saya pun cerewaet gak baju-baju ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, lelaki macam tu kot. Tapi bab lain senang je. Bila bab online, dia gelisah. Haha

      Delete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea