- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Kuasa Viral

13 Jan 2016

Kuasa Viral

Posted by Chenta Syahiera at 19:28
Assalamualaikum :D

Tetiba pulak macam teringin sangat nak buat entri malam ni. Hati pun rasa berat je, banyak citer dan kisah yang terpendam kot. Ieyra ada dua paper lagi, Business Management & Alam Sekitar. Exam 15/1/16 dua-dua paper tu. Alhamdulillah dua-dua subjek dah study, dah revise, malam ni nak revise untuk subjek Alam Sekitar pulak. :D

Rindu pulak dekat anak-anak. It's okay. 16/1/16 dah naik flight terus turun Kuantan. Heaven la jugak tapi Ieyra punya housemate lagi heaven, jap lagi dah balik. Hehehe. Rezeki balik awal, dapat jumpa family awal. Ieyra lambat, tapi dua hari je. Ada yang balik lagi lambat. Itu yang penting.

Banyak pulak kisah -kisah yang diviralkan baru-baru ni. Makan dalam pampers, breast feeding la ape la. Dunia sekarang, pelik-pelik pulak. Ieyra harap, yang diviralkan ambik teladan dan yang memviralkan pun ambik pengajaran. Apa salahnya pm/dm/inbox or whatever supaya dia tahu apa yang dia buat tu salah. Jangan pulak viralkan macam tu, jatuh air muka dia. Yela, mesti readers yang baca akan anggap dia sepatutnya tahu risikonya bila dah upload di fb, tapi tak semestinya dia sedar masa dia upload tu. Tugas kita yang menengok nye untuk sedarkan, bukan untuk memalukan. It's my 2cents about that.

Ada Ieyra baca kisah pasangan guru yang baru berkahwin. Lelaki berumur dan perempuan yang masih muda. Ada yang mengecam ada yang memuji dan tidak kurang jugak yang mendoakan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pertalian yang halal.

Ada satu perkara yang Ieyra tidak pernah ceritakan pada sesiapa pun di alam nyata iaitu bagaimana Ieyra berkahwin, dengan siapa, bila dan siapa suami Ieyra. :) Hanya yang datang ke majlis je la yang tahu nye. Berahsia sangat kan walaupun dah halal kan? Itulah perbezaan yang dapat Ieyra rasakan yang remaja sebaya Ieyra takde iaitu perasaan MALU.

Suami Ieyra pun berumur macam kisah pasangan guru tadi. Yang jadik follower dari dulu mesti dah pernah baca entri tentang perkahwinan Ieyra. Walaupun berkahwin, ambik masa yang lama jugak untuk jadi akrab, rapat seperti pasangan yang baru bercinta. Lepas kahwin, baru kenal. Baru tahu, dia siapa, pekerjaan, apa dia suka apa yang tidak. Sometimes, bila nak tangkap gambar pun rasa macam segan walaupun that time dah kawin. Apa yang Ieyra nak cakap kat sini, remaja kena faham bahawa orang yang kita cinta/saying tak semestinya orang itu yang akan jadi suami/isteri anda. Ieyra pun sama. Ieyra anggap, jodoh yang datang ni akan selamanya jadi jodoh Ieyra walaupun once time ago, Ieyra tak pernah kenal, tak pernah jumpa and at last kami kahwin.

Ieyra doakan kawan-kawan yang belum kahwin semoga dapat jodoh yang betul. Tak payah bangga ke hulu dan ke hilir dengan title 'kekasih'. It's a shame! Belum lagi yang bangga dengan title 'couple islamik'. Allahu Akbar.

Ramai jugak pasangan yang Ieyra jumpa di sini yang kononnya couple islamik. Couple sesame ahli surau, berdating berdua-duaan. Ada yang tidak segan silu saling menyuapkan makanan. Nauzubillah minzalik. Bila nasihat, dikatakan kita punya agama tidak sehebat dia. Ieyra hanya mampu menggelengkan kepala.


"Love is the most beautiful thing to have, hardest thing to earn and most painful thing to lose."


3 comments:

  1. hai , ain datang singgah sini & follow.
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. Asslm.. hai scha.. Kyus ni.. Awk ada tnya psal spray nasal hygiene hari tu kan? dia mmg spray skali jer.. tp dlm sehari, elok buat 3 kali (pagi, ptg, mlm)

    masa nk spray kt hidung baby tu, awk kena balut (bedung) dia kemas2// pastu ngereng kan dia.. baru spray.. dia mmg mcm air.. laju jer keluar.. tp insyaALLAH, berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba, alhamdulillah. Dah makin okay. Tq sangat2 kak yus.

      Delete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea