- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: CHILDREN ARE THE KEY TO PARADISE

2 Dec 2015

CHILDREN ARE THE KEY TO PARADISE

Posted by scha syahiera at 13:44
Assalamualaikum wbt :)

Rasa nak meluahkan apa yang ada dalam hati setelah beberapa hari dipendam namun tidak juga boleh menghilangkan kesesakan yang dirasai.

ANAK

People said CHILDREN ARE THE KEY TO PARADISE? Betul ke? Jum sama-sama fikir.

Terbaca kisah Datuk Siti Nurhaliza yang keguguran. Banyak yang mendoakan kesembuhan beliau tapi tidak kurang juga yang mengecam. Ieyra pulak yang pelik, kenapa mesti mengecam, kenapa mesti tugasan seharian dan desakan peminat yang menyebabkabn beliau keguguran. Yakinlah itu perancangan Allah SWT yang maha berkuasa, yang maha mengetahui segala-galanya baik atau pun buruk.

Bangun pagi tadi, scroll notification di telefon. Ada satu status yang dimuatnaikkan oleh seorang Ibu. Lebih mesra dipanggil Ayu, kehilangan si kembar dan hari ini genaplah empat tahun pemergian si kembarnya. Ya, seingat Ieyra, Ieyra pernah baca status dapi pemilik akaun FB yang sama pada tahun lepas tentang kisah kehilangan itu dengan lebih detail, dan pada masa itu jugak air mata Ieyra mengalir dan masha Allah hari ini begitu jugak. Ieyra tidak pernah kenal ibunya, apatah lagi anak-anaknya tetapi topik dan situasi yang amat dekat dengan hati Ieyra yang jugak seorang ibu.


Ruqayyah Farhani



Nama yang tidak asing seketika dahulu apabila gambar & statusnya diviralkan. Juga kehilangan salah seorang anak kembarnya Maryam. Gambar yang dirakam ketika mana dia tersenyum lebar sambil memangku anaknya dan tabahnya berkata mahu menghantar anaknya ke syurga, kenapa harus sedih? Allahu. Itulah wanita, di sebalik kelemahan ada kekuatan yang tiada sesiapa pun mampu tandingi.

Pokoknya di sini, setiap yang berlaku dalam diri kita sudah dirancang sebaik-baiknya oleh DIA yang bijaksana. Allahu akbar. Datuk Siti mungkin hanya bertahan 2bulan sahaja kandungannya tetapi Ayu, dia melahirkan bayi yang sudah tiada nyawa, hanya sekadar jasad. Semoga terus tabah kedua-dua Ibu.

Banyak kisah yang terlalu banyak tidak mampu Ieyra kongsikan di sini. Ada satu group d FB khas untuk ibu-ibu yang mempunyai bayi pramatang like my heroes, boleh join BABY PREMATURE MALAYSIA - NICU di facebook ye. :)Satu group yang amat bermanfaat bagi Ieyra yang awalnya low confident tengok baby Ieyra d NICU. Nak give up pun ada sometimes. Supportive group, do join and you will know others experience. And as human being, i admit we need to learn from others also. :)

Yang ada anak, hargailah anak anda. Peluang mendidik hanya sekali, its up to you. All parents nak yang terbaik untuk anaknya, kita sebagai orang luar tak payah lah persoalakan itu ini. Each of us ada cara yang tersendiri.

Yang belum ada rezeki, berusahalah, jangan sesekali berputus asa. Allah dah janjikan yang terbaik untuk makhluk-Nya. Bersangka baik, fikir yang baik-baik insha Allah yang jadi pun baik-baik.



Your children are not your children. They are the sons and daughters of Life's longing for itself. They came through you but not from you and though they are with you yet they belong not to you.


2 comments:

  1. salam, moga semuan tabah menjalani hidup sebab Allah tahu apa yang terbaik buat kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam, in shaa Allah doa yang terbaik untuk kita semua.

      Delete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea