- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Labuan, I'm coming!

15 Nov 2015

Labuan, I'm coming!

Posted by scha syahiera at 14:50
Assalamualaikum :)1

Baru dapat buka blog dengan hati yang sedikit tenang. Namun masa tidak terlalu panjang kerana assignment yang berlambak walaupun sudah menghampiri minggu study week. Penat, ya memang penat. Namun tidak sampai hati meluahkan kepenatan itu kepada satu bentuk perbuatan kerana Ieyra tahu, di dunia ini memang tempat untuk berpenat lelah, di Syurga nanti, takde dah semua ni. Itulah ayat yang Ieyra selalu ulang, ulang dan terus ulang agar diri tidak mudah berputus-asa, tidak luntur semangat yang ada.

Minggu lepas 6/11 - 14/11, Ieyra pulang ke pangkuan keluarga, Umi Abah, Suami, Anak-anak dan adik-adik yang lain. Rasa bahagianya walaupun seminggu itu berlalu dengan begitu pantas. Alhamdulillah, sambutan yang baik daripada mereka lagi-lagi si kembar Ieyra. Second day di rumah, Ieyra ada family photoshoot sempena second anniversarry Ieyra & Addin dan photoshoot si kembar sempena 1year old.

How fast the time fly. Si kembar dah melangkaui 13bulan, luka bekas operate belum sepenuhnya sembuh. Kalau kerja lasak sahaja, rasa sakitnya, sengalnya d situ. Tapi apa la sangat jika nak dibandingkan dengan rasa gembira, teruja mendapat generasi pertama kembar dalam keluarga.

Nanti Ieyra share gambar-gambar photoshoot, gambar dan resepi kek yang telah Ieyra buat untuk suami dan anak-anak.

Have a good day readers Ieyra. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah SWT. :)

Sometimes, it's hard to find words to tell you how much you mean to me. A lot of times, I don't say anything at all. But I hope someday, you'll understand, having you is what I live for.

4 comments:

  1. seronok ye jupa anak sendiri, kalau akak dulu masa belajatselalu rasa nank nangis bila nak balik belajar balik heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun ada pengalaman yang sama? Ye la, saya pun sama. Sampai kat airport, peluk cium macam tak nak lepas. :D Hahaha..

      Delete
  2. Salam kenal, Ieyra. Akak datang singgah dari blog Namy :)

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea