- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Bercinta Selepas Nikah

3 Oct 2015

Bercinta Selepas Nikah

Posted by Chenta Syahiera at 19:58
Dah lama Ieyra perhati je benda ni. Dulu masa budak-budak, bukan takde, ada tapi bagai tiada. Rapat tapi tak declair, rindu diluah tapi mungkin dalam nada gurauan. I guess. Yess, Ieyra pernah lalui, sebagai remaja, it's normal.

Never treat him like a husband selagi belum SAH!

Menarik topik ni. Kawan ajak keluar, sekejap ek, nak tanya pakwe aku. Kadang-kadang terfikir jugak, sejak bila tanggungjawab mak ayah, pakwe yang pikul? Sepatutnya tanya parents, kan??

Bila azan Subuh, pakwe kejutkan. Kalau tak, Zohor baru bangun. Kalau kat rumah, mak ayah kejut 10kali pun entah bangun entah tidak. That's perempuan zaman sekarang. Lepas tu, bila putus, mula tanya Allah SWT kenapa tak berlaku adil? Habis, kau ingat Allah restu apa yang kau buat selama ni??

Nak cerita soal kahwin pulak, hantaran tinggi dan sebagainya. Bagi Ieyra itu tak menjadi masalah kalau kedua-dua belah pihak mampu. Ikut dia la nak pelamin satu ekar tanah pun, kenduri 7hari 6malam pun atas alasan dia mampu. Tapi diingatkan juga di sini, janganlah berlebih-lebiha, boleh timbul riak di situ.

Ieyra kahwin??

Yess, family arrangement. Ye ke? Cane Ieyra boleh terima je? Pakwe Ieyra??

Banyak soalan tapi banyak juga jawapan yang tak mampu Ieyra luahkan di sini. Berkahwin ketika umur menjangkau 18tahun. Hanya Allah SWT yang tahu, sepanjang kahwin, suami Ieyra je yang masak. Lepas beberapa bulan, baru teringin nak belajar masak. Alhamdulillah suami penyabar orangnya. Ajar satu-satu, masak nasi, sukat air macam mana, masak lauk, gulai & kari sebagainya. Bila waktu solat, bawak Ieyra pergi masjid. Allah, sayunya hati. Mungkin dari itu timbulnya sayang yang tak terhingga, Alhamdulillah Allah buka pintu hati.

Sekarang sudah melangkaui dua tahun usia perkahwinan, mempunyai dua cahaya mata yang cukup sempurna.

Ditanya lagi, bajet perkahwinan.

Allahu, segan hendak bercerita kerana tidak mewah seperti artis tidak pula mulia seperti zaman nabi dahulu. Bajet kami hanya lebih kurang rm4000. Baju readymade butik yang murah-murah, pelamin, sekadar tangkap-tangkap gambar sahaja. begitulah perkahwinan kami.

Lepas kahwin, rezeki melimpah ruah, setiap kali anniversary in shaa Allah kami celebrate, photoshoot, tiada rasa malu sebab semua dah halal. Ditemani si kembar. Allahu, indahnya perancanganMu. Alhamdulillah.


Heart can see what eyes cant see.


3 comments:

  1. sweet kisah awak!,
    pray for too , to have husband like yours.
    Yes , bercinta lepas nikah ,percaya pada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah :D I pray for yours to have better. :D Ameen.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Bercinta selepas nikah lebih indah..

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea