- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Maafkan Aku

18 Sep 2015

Maafkan Aku

Posted by scha syahiera at 15:17
Assalamualaikum w.b.t :)

Kehidupan di universiti, lain benar rasanya jika nak dibandingkan dengan Secondary School mahupun di Matrikulasi. Hari demi hari ieyra belajar, bukan sahaja subjek teras program dan universiti, juga belajar memahami manusia sekeliling. Ada yang lebih berumur dari Ieyra tapi masih lagi keanak-anakan, masih lagi melayan kerenah nafsu dan rajuk yang tak pernah habis. Ada yang sebaya, masih lagi dilamun cinta yang entah di mana penghujungnya. Ada yang lagi muda, generasi itu yang lebih dibimbing kerana bagi Ieyra, dia penyambung generasi Ieyra.

Allahuu.

Buka sahaja laman Facebook, notification entah berapa. Satu persatu ditilik, dibaca teliti. Air mata turut mengalir dengan patah perkataan yang muncul di skrin, bukan kerana simpati tapi kerana sebak dan sakit hati yang melanda diri Ieyra sendiri. Bagaimana mungkin di sini Ieyra boleh bergelak ketawa bersama rakan-rakan, bagaimana Ieyra boleh membuang makanan, adakalanya satu hari tidak telefon keluarga untuk bertanya khabar Suami, Umi dan Abah juga adik-adik dan paling penting si kecil permata hati Ieyra. Allahu, semoga mampu mengubah sikap ini secepatnya. Berbalik kisah facebook tadi, lebih separuh notification itu berkisarkan 'SALAM TAKZIAH'. Satu group di facebook telah Ieyra join, belum pun mencecah setahun namun sudah ramai wildan syurga yang kembali ke tempat asal mereka, yang belum pun Ieyra sempat bertemu apatah lagi bersembang. Ada yang menagih bantuan namun, tidak mampu Ieyra hulurkan banyak hingga sebahagiannya meninggal. Ada yang mengadu, namun Ieyra hanya mampu memberi kata-kata semangat. Tak mampu terbang ke sana sini untuk memeluk si Ibu agar bersabar. Maafkan Ieyra.

Apa yang mampu, Ieyra berikan, masa, tenaga juga belanja dan keperluan. Juga hanya mampu berdoa dari bumi Labuan ini agar keluarga berkenaan tabah menghadapi dugaan. Itulah dunia bayi pramatang. Bukan hendak mempertikaikan baby full term tapi itu hakikat. Bayi pramatang risikonya lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan baby full term.

Semalam,

Ieyra jalan kaki ke pasaraya berdekatan untuk mencari lauk. Ada seorang Ibu, mendukung bayinya. Tersenyum Ieyra memandang, mungking sebaya dengan si kembar Ieyra. Baru belajar berjalan. Ieyra masih berharap dan terus berharap supaya mampu melihat perkembangannya. 21/9/15, si kembar ada appoinment dengan paedatrik di HSNZ(Terengganu), harap-harap tiada yang serius dengan perkembangan fizikal dan mentalnya. Itu doa seorang ibu, yang selalu risaukan kondisi mereka meski jauh di sini.








1 comment:

  1. Allah akan uji hambaNya yang beriman... cuba letak Allah di hati, memang susah nak buat akak tahu.... tpi Allah bg ujian kerana Dia cemburu dgn kita letakkan makhluk di hati.... maafkan akak klu sikit keras, tp apa yg sis alami ini adalah kerana Allah Ya Rahman, Ya Rahim, sayang dan kasih pada sis... sepertimana sis kasih dan syg pd keluarga sis, mcm tu la Allah Ya Rahman, Ya Rahim kasih dan syg pd sis.... Wallahualam....

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea