- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Fasa Baru

4 Jan 2015

Fasa Baru

Posted by Chenta Syahiera at 22:23
Assalamualaikum w.b.t :)




Agak lama tinggalkan dunia blogging ni, hari ni dan malam ini baru ringan nak menaip sedikit sebanyak catatan. Sebelum tu, salam Maulidurrasul kepada semua umat Islam kat dunia ni termasuk readers(kalau beragama Islam ler).

Dah dua bulan lebih bergelar ibu kepada si kembar tersayang.
Alhamdulillah, rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan bayi-bayi comel ni kepada Ieyra.




BTW, sedikit coretan mengenai mereka berdua ni.
First twin : Muhammad Khalish Syazani
Second twin : Muhammad Khasyi Syazwan

Tercapai jugak impian Ieyra nak letak nama Khalish kat anak pertama Ieyra. Hehehe, walaupun puas memujuk abahnye. They're both prematured babbies. Why prematured?? Mereka berdua ni dilahirkan tak cukup bulan. 33weeks 1days, waterbag leaking, beberapa hari selepas Hari Raya Haji, tanggal 11 Oktober 2014. So, betul laa apa yang doctor pakar cakap, twin kebiasaannya tak kan cukup bulan.

Disebabkan tak cukup bulan, berat mereka amat sedikit tak seperti baby term/ baby normal. Abang Khalish dilahirkan dengan 1.8kg dan Adik Khasyi hanya seberat 1.67kg. Amat kecik, sehingga air mata mengalir melihat mereka bertarung nyawa untuk hidup. Ieyra pun tak berani nak menyusukan mereka pada awal kelahiran + tak reti sebenarnye, tambah-tambah mereka memang kecik. Mungkin sebesar botol mineral sahaja.

Abang Khalish dimasukkan ke wad SCN sahaja manakala Adik Khasyi ditempatkan di wad NICU lebih kurang seminggu sebelum dimasukkan ke wad yang sama dengan abangnya.

Sekali lagi dugaan buat Ieyra bila Ieyra dah boleh admit dari wad, tapi babbies still dalam wad. Macam-macam kena fikir, macam mana nak menyusukan mereka berdua, sedangkan susu ibu penting. Mana nak berpatang lagi, dah laa bersalin melalui proses caeserean. Sedikit tertekan, sedih yang teramat meninggalkan baby-baby kecil ini di bawah penjagaan nurse.

Berbelas hari jugak ler Ieyra berpantang kat rumah sementara menunggu wad 5A kosong. Tunggu punya tunggu, ada jugak kosong. Apa lagi, terus grab laa, memang nak duduk sama-sama dengan anak-anak Ieyra, nak jaga sendiri, menyusukan mereka sepenuh masa. Nak bagi mereka sihat. Pengalaman paling menakjubkan, baby prem kena timbang tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari tu jugak Umi teruja nak tengok berat Abang Khalish & Adik Khasyi meningkat dan ada satu hari, berat dia drop, sekali lagi Umi mentiskan air mata. Terasa diri tak berguna, terfikir yang bukan-bukan. Tapi Ieyra never give up, keesokannya, terus jaga, bagi susu dan akhirnya meningkat dan meningkat. Mereka admit dengan berat 1.92kg & 1.8kg.



Banyak pengalaman selama berada di wad 5A. Macam-macam ragam manusia Ieyra dapat tengok. Paling best dapat kenal mommies yang sporting. First dapat kenal Mesna Nurul Asma a.k.a Kak Na, then Kak Zila, yang ni Ieyra tak tau nama penuh, Emilia a.k.a Kak Emi, Kak Nadia dan paling best Suhartini rasanye a.k.a Kak Tini. Kak Tini kelakar kot, Ieyra dah laa baru beberapa hari pantang, dia melawak, Ieyra memang terseksa nak gelak sebab rasa perit yang amat kat tempat operation. Tapi still gelak lol! Bergembira sebab berat naik dan paling tak boleh lupa, Ieyra menangis bila Adik Khasyi selesema dan dia tak dapat tidur langsung. Ya Allah, dengan keadaan bayi pramatang yang menakutkan Ieyra, hanya Allah je yang tau macam mana keadaan hati Ieyra masa tu. Alhamdulillah, dia still sihat sehingga hari ini.

Kat bawah ni pic terbaru twinnie Ieyra. Dah dekat tiga bulan. Tembam, sihat, Alhamdulillah...





Give the world the best you have and you'll get kicked in the teeth.
Give the world the best you have anyway.”


1 comment:

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea