- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: I'm Not Only His Fan, BUT I'm His Wife AND I Happy With It.

26 Sep 2014

I'm Not Only His Fan, BUT I'm His Wife AND I Happy With It.

Posted by scha syahiera at 20:14
Assalamualaikum w.b.t :)





Dah lama rasanye tak jenguk blog comel nih. Comel ke? Perasan jap. Heee.. :D


Now, dah tak boleh sangat duduk mengadap laptop lama-lama macam dulu, sakit pinggang laa, sakit perut laa, nak shishi laa. Macam-macam ragam, Ieyra? Sabor je laa.


Lagi seminggu Ieyra dah nak balik kampung, cuti bersalin awal atas advice doktor. Katanya, kalau twin pregnancy memang keluar tak cukup bulan dan Ieyra dah mula rasa nervous. Yela, banyak risiko baby yang prematured ni. Hope, both of my babies dilahirkan dengan selamat, sihat walafiat selalu. Umi yang tanggung sakit takpe, asal babies Umi sihat.

Bila fikir nak balik kampung ni, satu je yang tak kena. Hati kecil yang kat dalam rib cage ni. Betul ke ejaan gitu? Hentam je la. Hati kecil ni rasa sayu dan berat je. Balik kampung means being far apart from my beloved husband. Dia kerja bukannya dapat 24hours with me kat kampung tu. Balik pun mesti dalam dua minggu sekali ke. Aish, mesti rindu.

Dah kenal erti rindu sekarang. Hahaha. :)





Ieyra dah inform Ieyra punya personal nurse and doctor tu, so maybe they will settle everything for me untuk urusan tukar pusat rawatan tu. Rasa sayang pulak nak tinggalkan semua ni sebab diri dah terbiasa dengan mereka. Redha je la. Sedih pun ada, lagi-lagi ada sorang nurse tu cakap

"Tak sempat la tengok twin lahir depan mata kita."

Terharu Ieyra dibuatnye. Babies, kamu dengar tak, kamu nampak tak, ramai yang tungu kamu lahir sayang. Takde sesiapa pun akan abaikan kamu. Umi tak kan benarkan kamu jadi babies yang tak bernasib baik kat luar sana. Dibuang dan didera seperti patung yang takde nyawa. Mostly yang Umi kenal, tunggu kehadiran kamu di dunia ni, stay strong sayang. Kamu akan keluar bila sampai masanya. Kita tengok dunia ni sama-sama. :')

Minggu lepas, hati nak sangat update blog ni tapi keadaan memang tak mengizinkan. Lepas je balik dari percutian ke Genting Highland tu, terus dilanda demam. Ieyra demam yang agak teruk je sampai tak boleh buat kerja rumah, tak boleh masak bagai. Nasib Encik Suami understanding, dia cover semua tugas since isteri dia yang manja ni dah terlentok tak boleh bergerak sangat sebab macam nak pitam. Kesian betul sebab dia penat bekerja, nak jaga Ieyra lagi. 
Pepagi, dia dah keluar beli makanan, tengah hari pulak balik hantar makanan, letak ais kat kepala, malam pulak layan my request yang nak makan macam-macam. Tolong urut pinggang, kepala, tak cukup dengan tu, tengah-tengah malam terpaksa bangunkan Encik Suami yang nyenyak tido semata-mata nak minum air, nak pergi buang air. Alhamdulillah, tak pernah pulak dengar dia merungut tapi memang naluri Ieyra sebagai isteri dia, memang kesian! Dua minggu jugak laa Ieyra demam. Sekarang dah sihat walafiat but he still helps me bila dia tak busy. Tolong masak, sidai baju since Ieyra memang tak daya sangat nak usung perut ke sana ke sini.



Citer pasal pergi Genting pulak memang best laa walaupun Genting tu tak sebesar Cameron dan tak sesejuk Cameron. But, it's okey for me. Pergi Strawberry park tapi tak petik pun, just beli yang dijual di depan tu, malas nak membawa perut kat dalam kebun tu haa. My family pun ikut sekali, dorg terlebih excited, membeli belah dengan banyak nye. Hahaha. Happy jugak Ieyra tengok dorg. Next time kalau line internet better, Ieyra upload picture sepanjang kat sana. Sekarang line lebih kurang siput je. :)


Tu la cerita masa Ieyra demam dan bercuti di Genting Highland. BTW, means syukur sangat-sangat dapat suami macam dia. Memang tak handsome macam orang lain, tak kaya macam orang lain tapi its enough for me. He gives me everything, marrying him like I got back the pieces of life that I lost before.


“When someone loves you, the way they talk about you is different. You feel safe and comfortable.”




2 comments:

  1. terbaik lah kawan aq..jge diri,,kirim salam kt suami..kirim salam jgk kt si kembar..

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea