- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Perjalanan Hidup Tanpa Diduga

4 Jul 2014

Perjalanan Hidup Tanpa Diduga

Posted by Chenta Syahiera at 21:53
Assalamualaikum w.b.t. :)

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI..

Kepada yang pernah terluka kerana sikap dan kelakuan insan lemah bernama Ieyra selama ini, sejuta maaf. Tidak terdetik untuk sengaja melakukannya, mungkin semua itu berlaku di luar kewarasan Ieyra sendiri. Sesuai dengan entri kali ini, PERJALANAN HIDUP YANG TANPA DIDUGA, tak banyak untuk dikongsi namun hati meronta untuk tetap berkongsi kerana bulan yang mulia ini (Ramadhan) membuatkan Ieyra sendiri sayu, sebak dan dalam diam terungkap kata Alhamdulillah. Dalam diam juga Ieyra mengagumi perancangan Allah S.W.T yang memang tak terduga dek akal makhluk-Nya, MasyaAllah, sungguh hebat!


Kadang-kadang Allah Hantar Org Yang Baik, Sebab Aku Tak Cukup Baik Dan Allah Tarik Semua Balik Sebab Allah Nak Tengok Aku Berubah, Kerana Manusia Atau Kerana Allah.

Terusik sedikit dengan status seorang rakan yang agak lama Ieyra tinggalkan kerana menjaga hati seorang insan bergelar suami. Namun status itu ada benarnya, memang kadang-kalanya Allah S.W.T. menghantar orang yang baik untuk caring, menyayangi kita, membimbing kita, menasihati apa yang buruk di matanya. Setelah kita berubah atau sedang berusaha keras untuk berubah untuk menjadi seperti dirinya juga, Allah S.W.T menghilangkan orang tersebut dari hidup kita. Bukan Allah mahu kita berputus asa, bukan juga untuk membuktikan bahawa Allah itu kejam atau perampas kebahagiaan tapi Allah S.W.T nak tengok sejauh mana kita berubah. Adakah kerana Allah S.W.T atau kerana orang yang dihantar itu. Wallahua'lam...

Berkahwin tanpa mengenal sedalamnya erti cinta memang tak terduga. MasyaAllah, Ieyra sedar ketika itu, kehadirannya tidak tepat sewaktu diri masih lagi bergelar seorang pelajar. Kehadirannya sedikit sebanyak berbekas di hati kecil lalu urusan nikah dan menjadikannya yang halal Ieyra serahkan saja pada Yang Maha Esa terlebih dahulu. Jodoh, tiada siapa yang lebih arif melainkan Dia. Bergelar isteri pada usia muda, tak semudah yang difikirkan oleh adik-adik atau kakak-kakak di luar sana kalau ada pun dalam kalangan pembaca sendiri. Dugaan itu datang silih berganti lagi-lagi di awal pernikahan, masih lagi dalam proses mengenal hati budi insan yang tidak pernah Ieyra kenal. Ya Allah, perancangan Allah S.W.T itu ternyata hebat sekali bila ujian itu dilalui dengan mudah tanpa perlu menunggu jangka masa yang lama mahupun membawa kami ke arah perceraian. MasyaAllah..

Daripada yang tak mengenali lansung, kami mula berkenalan, menjalani kehidupan bersama, mengemudi bahtera perkahwinan yang diharapkan mampu kekal sampai ke jannah bersama-sama. Terlakar kenangan-kenangan indah juga pahit di dalamnya. Moga perkahwinan ini terus utuh. :)


“You only live once, but if you do it right, once is enough.”

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea