- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Susah Itu Ujian, Senang Juga Ujian.

22 Sep 2013

Susah Itu Ujian, Senang Juga Ujian.

Posted by scha syahiera at 22:18
Rindu pada blog simple makin menebal, tambah-tambah, line macam nak hidup segan, mati tak mau. Eh, pepatah Melayu tu dah jadik pepatah Ieyra. Dah tunggang terbalik gaya nye. Banyak yang dah berlaku kebelakangan ni. Ape ek? Pahit, manis, sume ada laa. Bulan ni memang sume perkara yang terjadi datang dalam pakej. Pakej yang bukan sebarang pakej, pakej yang lengkap.

Pertama, Ujian Pertengahan Semester (UPS)
Result memang teruk wei, bukan Ieyra je, tapi sume orang, sume student. Takde laa sume, sesetengah. Eh, bukan sesetengah, majoriti. Yeah, majoriti. Majoriti yang Ieyra herankan sangat tu. Ape laa yang nak dipelikkan sangat kan, biase laa. Ada yang terlalu pandai dan ada yang terlalu kurang pandai. Ieyra ?? Intermediate kot. Eh, betul ke ayat tu??

Kawan.
Ieyra bahagia dengan kawan-kawan kat sini. Memahami walaupun masing-masing ada perangai yang pelik. Sebab apa? Sebab dorang memang ada perangai pelik tapi semua nye terbaik. Minggu lepas kot, 13/9/2013, celebrate berday Addin. Uwww, dashyat wei. Bermandikan air Coke. Yeahhh!

Bile habiskan mase dengan kawan-kawan, jadik teringat kat keluarga. Ye, jauh di sudut hati, memang masih ada mereka. Tak pernah lupe walaupun sedetik. Mereka tetap keluarga Ieyra, keluarga kandung, bukan angkat, bukan tiri. Setiap kata dalam doa Ieyra, masih ada nama mereka. Rindu yang hadir memaksa jari mencipta barisan ayat yang menggambarkan perasaan tika ini. Walaupun keluarga kami tak macam keluarga orang lain, tak macam yang pernah Ieyra jumpe, masih ada rasa syukur dalam hati ini. Sekurang-kurangnya, Ieyra masih ada orang yang bergelar ibu dan ayah.

Apa yang Ieyra selalu minta, satu mase je, sehari pom cukup laa, untuk menikmati mase yang selayaknya dipanggil keluarga. Bukan musuh.

Tazkirah Agama.
Ieyra pergi tazkirah ? Pergi laa, ingat Ieyra jahat sangat ke ape? Haha. gurau je la. Selalu la jugak pergi bile balik rumah keluarga kat sini. Cehhh, macam banyak nye keluarga. Haha, keluarga mertua bile lagi kan? Berbalik kepada kisah tazkirah kite tu ye para pembaca sekalian, ada satu tazkirah ni memang mencuit hati. Bukan geli hati laa, tapi mengundang syahdu. Cewahhh, dah pandai syahdu. Ha'a, memang syahdu sebab sampai nak nangis kot. Tapi, dikuatkan hati kecil, sebab Ieyra memang kuat pom. *perasan la pulak*

Tazkirah tu, kisah apa yang berlaku di Mesir sekarang. Menyamai apa yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Subhanallah. Sehinggakan pada zaman Nabi Musa a.s, Allah S.W.T membenarkan Nabi Musa melemparkan kata-kata kesat kepada Firaun setelah Firaun tidak menghiraukan kata-kata lunak Nabi Allah itu, malah, dicabar dan diperlekehkan Nabi Allah itu.

Tu yang berlaku di Mesir, Yang berlaku di Malaysia ? Subhanallah.



Love means never having to say you’re sorry.



0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea